Waqaf Project For Surau Nur Jannah

Raised: 2484 $

Goal: 2482 $

 

[Scroll down to read in English]

 

Surau Nur Jannah terletak di Gombak batu 7 dan dibina berasaskan kayu yang usang. Surau Nur Jannah menjadi tumpuan penduduk untuk menunaikan ibadah solat dan tempat untuk anak-anak kecil belajar mngaji serta menghafal Al-quran kerana masjid terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

 

Bahagian Atap tidak terutup sempurna menyebabkan ruangan solat cepat kotor

Menurut imam surau, Ustaz Holil masalah utama yang dihadapi surau ini merupakan masalah siling. Permukaan atap surau Nur Jannah tidak dilengkapi siling menyebabkan terdapat ruangan udara yang tidak tertutup sempurna sekaligus memberi ruang kepada habuk dari luar memasuki ruangan solat terutama ketika ribut dan angin kencang. Hal ini mengakibatkan ruangan solat cepat kotor dan perlu dibersihkan dengan kerap.

 

Menggunakan karpet terpakai dari masjid berdekatan

Surau Nur Jannah menggunakan karpet terpakai dari masjid berdekatan kerana tidak mampu menampung kos untuk membeli karpet baharu. Karpet yang telah lusuh terpaksa dijadikan alas sementara mendapat sumbangan dari orang ramai untuk membeli karpet baru.

 

Al-Quran dan Rehal yang tidak mencukupi

Surau Nur Jannah juga merupakan tempat kanak-kanak sekitar mempelajari Al-Quran. Seramai 30 orang kanak-kanak mengikuti kelas pengajian di Surau Nur Jannah. Namun tidak semua kanak-kanak dapat menggunakan Al-Quran pada masa yang sama kerana jumlah Al-Quran dan Rehal yang terhad.

 

Kos Yang Diperlukan Untuk Surau Nur Jannah

 

Marilah kita lakukan perubahan untuk mengubah nasib penduduk Muslim di Gombak bagi memudahkan urusan ibadah mereka. Ambil lah peluang ini dengan memberi sumbangan atau infak untuk pembinaan sebuah surau atau masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

 

 

------- ENGLISH -------

 

Surau Nur Jannah is located in Gombak, batu 7 and is build using old timber. Surau Nur Jannah is the center for the community to perform congregational prayers and places for young children to learn Quran as the mosque is far from their homes.

 

The upper part is not fully cover causing the prayer room to get dirty easily

According to Imam Holil, the main problem of the surau Nur Jannah is the upper part is not well covered. The ceiling is not yet installed resulting leaving a the upper part open and let the dust to enter the prayer room which then make the prayer room get dirty, especially during storms and strong winds. Hence, the prayer room need to be clean regularly.

 

Uses recycled rugs from nearby mosque

Surau Nur Jannah uses recycled rugs from mosque nearby, as they could not afford to buy new rugs. They have no choice other than to use the old recycle rugs until they could raise donation to replace the rugs with new one.

 

Quran and Rehal (Book Rest) are not enough

Surau Nur Jannah is also a place for 30 children to learn the Quran. However, not all children can use the Quran at the same time as the number of Quran and Rehal are limited.

 

The Cost Needed For Surau Nur Jannah

 

Let us make changes and provide a better place for the people in Gombak to fulfill their obligations. Take this opportunity and donate in the project to upgrade the condition of surau or mosque. Although the value invested for that purpose is just a brick, yet Allah Almighty will repay your honesty and sincerity with a palace in heaven in the hereafter.

 

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Meaning: "When a man dies, he is cut off from his practice except for three things: The gift of charity or the knowledge he uses or the pious child who prays for him."

 

Narrated by Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

 

Campaign Updates

No Updates found for this campaign

General Donations

Support Ensany

General Donation

Clearance of charge

Clearance of charge

Rahmah is in a big need of your help

Rahmah is in a big need of your help

Testimonials

see what people say about Ensany platform