Qurban Meat For Poor Families in Gombak

Raised: 0 $

Goal: 1200 $

Aidil Adha,  hari memperingati ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah

Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar bagi umat Islam di mana pada hari ini seluruh umat Islam berkumpul untuk memperingati pengabdian Nabi Ibrahim kepada Allah. Bukti luhurnya cinta seorang hamba terhadap Sang Pencipta sehingga  sanggup menerima perintah untuk mengorbankan anak tercinta, Ismail.

Namun Mahasuci Allah,  pedang yang yang sudah tajam di asah menjadi tumpul dileher Nabi Ismail. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim untuk menggantikan penyembelihan kepada seekor kambing yang tersedia di sisi mereka. 

Bermula saat itu, umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti domba, lembu dan kambing dikorbankan. Daging korban ini kemudian diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 


Qurban sebagai salah satu cara menyebarkan Rahmat Allah

Ibadah ini pada sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan untuk menyebarkan rahmat Allah kepada sesama manusia agar yang mampu dapat memberi kepada yang tidak mampu, sehingga yang tidak mampu dapat merasakan manfaat dari keberadaan orang diberikan kemampuan oleh Allah SWT.


Daging seberat 300kg akan diedarkan kepada 140 keluarga Asnaf dan anak yatim sekitar Gombak sempena Aidil Adha

Projek pengorbanan untuk tahun ini kami mensasarkan 140 golongan miskin termasuk anak yatim serta mereka yang kehilangan sumber pendapatan dan tidak dapat menyediakan keperluan paling asas kerana wabak Corona. 

Pengedaran daging udhiya pada hari penyembelihan nanti dapat membantu memenuhi keperluan mereka yang kurang berkemampuan sekaligus menyemai sikap saling berkongsi rezeki dalam kalangan mereka yang berkemampuan.

Oleh itu, bagi menjayakan projek ini seekor lembu berharga RM 4500 dengan berat sekitar 300kg diperlukan pada hari penyembelihan. 

Kami menyeru mereka yang berkemampuan untuk menyumbang dalam kempen ini agar 140 keluarga yang memerlukan dapat merasai daging korban pada tahun ini. 

Sumbangan anda amat kami hargai dan semoga sumbangan ini menjadi asbab anda ke syurga. 

Campaign Updates

No Updates found for this campaign

General Donations

Support Ensany

General Donation

Clearance of charge

Clearance of charge

Rahmah is in a big need of your help

Rahmah is in a big need of your help

Testimonials

see what people say about Ensany platform