107 Donors
EnsanyCare : Tabung Yatim
******Scroll down for English version******
Semua ibu bapa menginginkan anak-anak nya mendapat pendidikan dan membesar dalam suasana yang selesa. Namun, takdir menentukan ayah dan ibunya meninggal dunia. Maka anak-anak ini terpaksa mengharungi hidup yang sukar tanpa bantuan.
Melihat ekonomi semasa, banyak rumah anak anak yatim di seluruh Malaysia mengalami kekurangan dari segi pemakanan, pendidikan dan keselesaan tempat tinggal.
Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi kita nikmat kesihatan dan rezeki sehingga dipertemukan lagi dalam hari yang mulia dan tersedia pelbagai kelebihan ini.
Namun suasana anak anak yatim jauh berbeza dengan kita ditambah lagi dengan krisis yang melanda dunia hari ini.
Oleh itu, pihak Ensany mengambil inisiatif membantu anak yatim di seluruh Malaysia dengan melancarkan kempen “Tabung Yatim” supaya kita sama-sama membantu mereka meneruskan kehidupan, membesar dengan sempurna di samping mendapat pendidikan yang baik.
Antara fadilat menolong (menjamin) anak yatim adalah:
• Mendapat pahala seperti pahala orang yang berjihad.
• Mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan solat tahajjud pada malam hari.
• Anak yatim yang dijamin itu akan menghalang orang yang menolongnya dari siksa api neraka kelak.
• Bersama dengan Rasulullah di syurga kelak.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]
Ya Allah dengan limpah kurniamu berilah kepada semua penderma ensany sesuai dengan niat masing-masing yang sakit sembuhkanlah, yang belum dapat kerja bukakanlah, yang berniaga berilah keuntungan atas perniagaannya yang belum kahwin bukakanlah jodohnya, yang belajar jayakanlah dalam pelajarannya.
Insyaallah bagi yang mempunyai lebihan rezeki dan ingin menyumbang ke “Tabung Yatim” boleh berbuat demikian ke nombor akaun berikut
******ENGLISH******
All parents aspire for their children to receive an education and grow up in a comfortable environment. However, fate may take a different turn when circumstances lead to the unfortunate loss of both parents. As a result, these children are compelled to navigate through a challenging life without assistance.
Given the current economic situation, numerous orphanages throughout Malaysia are grappling with shortages in terms of nutrition, education, and adequate living conditions.
We are grateful to Allah SWT for continuing to bestow upon us the blessings of health and sustenance, allowing us to meet on this honorable day and avail ourselves of various advantages.
Yet, the atmosphere experienced by orphaned children stands in stark contrast to our own, exacerbated by the ongoing global crisis.
Therefore, Ensany has taken the initiative to aid orphaned children across Malaysia by launching the "Tabung Yatim" campaign, in hopes that together, we can support them in leading fulfilling lives, growing into well-rounded individuals, and receiving a quality education.
Among the virtues of aiding and ensuring the well-being of orphaned children are:
• Earning rewards akin to those gained through acts of jihad.
• Attaining blessings comparable to fasting during the day and engaging in nightly Tahajjud prayers.
• Safeguarding the helper from the torment of hellfire in the hereafter.
• Standing alongside the Prophet Muhammad in the gardens of paradise.
As narrated by Abu Hurairah RA, the Prophet SAW proclaimed:
"Whoever cares for an orphan, whether their own or belonging to others, will be in Paradise with me like these two." (The Prophet SAW indicated by raising two fingers.) [Narrated by Muslim, (2983)]
O Allah, with Your abundant grace, grant to all human benefactors according to their intentions: heal the sick, open doors for those seeking employment, bless the businesses of entrepreneurs, facilitate marriage for those seeking companionship, and grant success to those pursuing education.
For those who possess surplus blessings and are willing to contribute to the "Tabung Yatim," you may do so by transferring your contribution to the following account:
Your generosity will undoubtedly make a significant impact in the lives of these orphaned children, providing them with a
brighter future and a chance to thrive.
Bantulah Anak Yatim
***Scroll for English Version***
Bantulah Anak Yatim
Terima kasih kepada semua penderma kempen “Tabung Yatim” yang kami buka khususnya kepada penderma yang telah menderma Rm1000.00 dan juga kepada penderma yang lain. Kami ucapakan Jazakumullah Khairan (semoga Allah membalas budi kamu dengan balasan yang lebih baik). Untuk pengetahuan semua pihak kami telah menyerahkan Rm1,250 (seribu dua ratus lima puluh ringgit) untuk membayar yuran tadika Mutiara Hati di perumahan Mutiara Gombak iaitu kepada anak yatim yang Bernama Nazira Hafisa binti Abdul Mu’min. Sebenarnya yuran yang tertunggak adalah sebanyak Rm 2,300, tetapi yang terkumpul dalam kempen ini tidak mencukupi.
Adik Nazira Hafisa seorang anak yatim yang tidak sah taraf disebabkan ayah dan ibunya telah berkahwin di Selatan Thailand dan tidak didaftarkan di dalam Malaysia. Ayahnya telah meninggal dunia pada tahun 2020 tetapi Sijil kematian ayahnya tidak dapat kerana tidak diberikan oleh isteri pertama. Ibunya Haslina bt Md Yunus berwarganergara Malaysia bekerja di sebuah Syarikat dengan pendapatan Rm1,500 sahaja. Mereka menetap di rumah sewa di batu 7 gombak yang berjumlah Rm750 sebulan dan mempunyai 3 orang tanggungan. Anak sulung berumur 7 tahun, anak kedua berumur 4 tahun dan ibunya yang tinggal dengan mereka. Disebabkan mereka tidak sah taraf, mereka tidak mendapat bantuan daripada Perbadanan Anak-Anak Yatim Selangor.
Diharapkan para dermawan yang Allah muliakan agar dapat membiayai 2 orang anak yatim secara khusus dalam persekolahan mereka sehingga mereka berjaya keperingkat tinggi.
Sekali lagi kami ucapkan Terima kasih kepada semua penderma atas sokongan kepada kempen ini dan kami harapkan supaya memberi sokongan yang berterusan dan menguar-uarkan kempen ini.
***English***
Help Orphans Fund
We express our gratitude to all donors of the “Tabung Yatim” campaign, especially those who generously contributed RM1,000.00 and others who participated. We extend our heartfelt thanks, Jazakumullah Khairan (may Allah reward your kindness with even greater blessings). For everyone's awareness, we have allocated RM1,250 (one thousand two hundred fifty ringgit) to cover the kindergarten fees for Mutiara Hati in Mutiara Gombak, specifically for an orphan named Nazira Hafisa binti Abdul Mu'min. However, the collected amount from this campaign falls short of the outstanding orphanage fees, which total RM2,300.
Nazira Hafisa, an orphan, faces an unregistered status due to her parents' marriage in Southern Thailand, not recorded in Malaysia. Her father passed away in 2020, and his death certificate could not be obtained because it was not issued by the first wife. Her mother, Haslina bt Md Yunus, a Malaysian citizen, works at a company with an income of only RM1,500. They reside in a rented house in Batu 7 Gombak, costing RM750 per month, with three dependents. The eldest child is 7 years old, the second child is 4 years old, and they live with their mother. Due to their unregistered status, they do not receive assistance from the Selangor Orphanage Corporation.
We hope that generous donors, blessed by Allah, can provide specific sponsorship for the education of these two orphans, enabling them to achieve success at higher levels.
Once again, we express our gratitude to all donors for their support of this campaign. We hope for continued support and the amplification of this campaign.
TIGA ORANG ANAK YATIM PIATU
TIGA ORANG ANAK YATIM PIATU
Si kakak bernama Siti Nur Farhana yang berusia 10 tahun bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, manakala adiknya Siti Nur Fadhilah yang beusia 9 tahun bercita-cita menjadi seorang guru dan yang paling kecil Siti Nur Fathiyah berusia 7 tahun bercita-cita menjadi ustazah. Ayah mereka telah meninggal pada tahun 2018, Ibunya pula meninggal pada tahun lepas (2023).
Sewaktu ibu mereka masih hidup, ibu mereka masih menerima bantuan daripada badan Zakat, tetapi apabila ibu mereka telah meninggal bantuan itu telah pun terputus oleh kerana istilah “anak yatim” tidak termasuk dalam asnaf zakat. Sekarang mereka bertiga tinggal dengan makcik mereka di batu 8, Gombak.
Diharap kepada saudara dan saudari yang membaca mempunyai kelapangan untuk menolong mereka ini, samada menjadikan mereka semua sebagai anak angkat ataupun salah satu daripada mereka menjadikan anak angkat dengan memberikan bantuan persekolahan sehingga mereka berjaya. Jika tidak hulurkanlah bantuan semampunya.
Makna hadis : “Orang yang menanggung anak yatim, aku dan dia seperti dua ini (Nabi ﷺ mengisyaratkan dengan dua jari baginda ﷺ) di syurga”.
(HR Muslim, 2983)
Comments
-
107 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.