SHELTER FOR WOMEN AND KIDS INFECTED AND AFFECTED BY HIV / AIDS

  • Home
  • SHELTER FOR WOMEN AND KIDS INFECTED AND AFFECTED BY HIV / AIDS
SHELTER  FOR WOMEN AND KIDS INFECTED AND AFFECTED BY HIV / AIDS

SHELTER FOR WOMEN AND KIDS INFECTED AND AFFECTED BY HIV / AIDS

110 RM Collected Of 10000.00 Goal

PERSONA GRATA WANITA

( Pusat Harian Wanita )


Persona Grata Wanita adalah sebuah Pusat Harian Wanita yang melambangkan kesungguhan dalam memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan Komuniti Wanita Terpinggir. Satu ruang selamat yang mesra pelanggan, mengalu-galukan, tidak menghukum dan tanpa status yang di kendalikan oleh rakan senasib. Di dalam konteks perkhidmatan yang dijalankan oleh KOMITED Malaysia membawa maksud sebagai sebuah platfom yang disediakan bagi memantap dan meningkatkan kualiti kehidupan golongan sasar. Pusat Harian Wanita ini secara umumnya merujuk kepada perkhidmatan komprehensif yang merangkumi aspek penjagaan, kebajikan, bantuan perundangan, keagamaan, kesihatan dan latihan dan pembangunan kemahiran bagi golongan sasar yang terdiri daripada Komuniti Terpinggir Wanita bermasalah seperti Penagih Dadah Wanita, Pekerja seks , Pasangan Penagih Dadah dan juga komuniti Mak Nyah.

CASA FEMINA
( Rumah Perlindungan dan Penjagaan Wanita )


Casa Femina adalah sebuah Rumah Perlindungan dan Penjagaan Wanita bagi membantu menangani isu berkaitan penagihan dadah di kalangan wanita. Satu Program Pembangunan Insan yang berkonsepkan bantu diri dan saling membantu untuk membina semula identiti serta kehidupan residen melalui perubahan sikap, tingkahlaku dan pola pemikiran baru. Program program yang di laksanakan memberi penekanan kepada aspek memantapkan jasmani , emosi , rohani dan intelektual ( ManJERI ) untuk membantu mereka melakukan perubahan dan mengamal cara hidup sihat bagi membina ketahanan dalaman yang jitu kearah Pembentukan Kepulihan Total . Rumah Perlindungan dan Penjagaan Casa Femina menempatkan seramai 20 orang Komuniti Penagih Dadah Wanita yang Berisiko
CASA HARAPAN
( Rumah Perlindungan dan Penjagaan Kanak Kanak )


Casa Harapan adalah sebuah Rumah Perlindungan dan Penjagaan Kanak Kanak yang terjejas oleh permasalahan berkaitan dadah dan HIV / AIDS. Satu tempat yang selamat untuk memberi perlindungan dan penjagaan gantian kepada kanak kanak bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana keluarga yang harmoni. Casa Harapan memastikan bahawa penjagaan profesional dan berterusan dengan sifat kemanusiaan dan penerimaan seseorang dapat membantu dan memenuhi keperluan menyeluruh kanak kanak. Casa Harapan menempatkan seramai 30 orang Kanak Kanak yang terjejas oleh permasalahan berkaitan dadah dan HIV / AIDS


KOS ANGGARAN KESELURUHAN PROJEK KOMITED MALAYSIA:


Ready to get started? Join thousands of others today.