Ensany Care: Bantuan Dana En. Hanis Melunaskan Tunggakan Rumah Sewa

  • Home
  • Ensany Care: Bantuan Dana En. Hanis Melunaskan Tunggakan Rumah Sewa
Ensany Care: Bantuan Dana En. Hanis Melunaskan Tunggakan Rumah Sewa

Ensany Care: Bantuan Dana En. Hanis Melunaskan Tunggakan Rumah Sewa

1200 RM Collected Of 1200.00 Goal

Peranan seorang suami adalah menjaga dan bertanggungjawab terhadap ahli keluargnya, serta menyediakan segala keperluan asas untuk isteri dan anak-anaknya seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya.

 

Begitulah peranan Encik Hanis sebagai ketua keluarga. Beliau tinggal bersama isterinya dan seorang anak perempuan di Petaling Jaya, Selangor. Dahulunya beliau bekerja di salah sebuah syarikat kecil di Kuala Lumpur. Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, beliau telah diberhentikan kerja kerana syarikat beliau telah mengalami kemerosotan yang amat teruk berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah di umumkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan jangkitan virus Covid-19.

 

Lebih 5 bulan Encik Hanis bertungkus lumus untuk menyediakan kelengkapan rumah, pembiayaan bulanan untuk komitmen yang ada. Hampir keseluruhan duit simpanan telah pun digunakan bagi menampung perbelanjaan harian sementara mencari pekerjaan baru. Beliau juga ada menerima bantuan seperti barang dapur dari beberapa orang awam dan ahli keluargnya.

 

Alhamdulillah, kini beliau telah pun mendapat pekerjaan serta baru sahaja memulakan pekerjaan baru tersebut pada awal Januari 2022, tetapi beliau masih mempunyai tunggakan pembayaran rumah sewa beliau dan juga bil elektrik dan air. Tuan rumah telah memberi masa satu bulan untuk beliau membuat pembayaran tunggakan tersebut. Jika tidak, beliau satu keluarga terpaksa keluar dari rumah tersebut dan terpaksa mencari tempat berteduh yang lain.

 

Oleh itu, Ensany Humanitarian dengan ini ingin mengalu- alukan dan mengajak semua golongan masyarakat untuk bersama-sama bagi menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada Encik Hanis agar beliau dapat menjelaskan tunggakan sewa rumahnya serta dapat memulakan hidup baru.

Ready to get started? Join thousands of others today.