Selamatkan Kediaman Ibu dan Ayah kita di Pusat Kebajikan Al-Fattah (Phase 1)

  • Home
  • Selamatkan Kediaman Ibu dan Ayah kita di Pusat Kebajikan Al-Fattah (Phase 1)
Selamatkan Kediaman Ibu dan Ayah kita di Pusat Kebajikan Al-Fattah (Phase 1)

Selamatkan Kediaman Ibu dan Ayah kita di Pusat Kebajikan Al-Fattah (Phase 1)

2110.84 RM Collected Of 15000.00 Goal

Scroll down for English





Pusat Kebajikan Warga Emas Al-Fattah yang bertempat di Semenyih Selangor telah ditubuhkan sejak tahun 2019 oleh seorang anak muda yang berjiwa murni iaitu Encik Azlan, 29 tahun. Pada saat ini, Pusat Kebajikan ini menempatkan seramai 15 orang warga emas. Pusat kebajikan ini ditubuhkan atas inisiatif Encik Azlan sendiri dan segala perbelanjaan harian dan bulanan pusat ini juga ditanggung sepenuhnya oleh Encik Azlan yang hanya bekerja sebagai pemandu bas pelancong dan penghantar kurier separuh masa. Pengurusan pusat ini juga dibantu oleh isteri Encik Azlan juga tiga orang pekerja.

 

Encik Azlan terinsipirasi membuka pusat kebajikan ini apabila dia bertemu dengan seorang warga emas yang menjadi gelandangan di sebuah kawasan ketika Encik Azlan sedang bekerja. Warga emas itu meminta sedikit makanan kepada Encik Azlan. Sayu melihat warga emas itu, Encik Azlan memberi sedikit makanan dan wang tunai. Kejadian itu telah membuat En.Azlan nekad untuk membuka pusat jagaan warga emas ini.

 

Pada penghujung tahun 2021 yang lepas, pemilik rumah pusat ini mahu menjual rumah yang menjadi penempatan dan tempat berteduh bagi warga warga emas di situ. Oleh itu, Encik Azlan berhasrat untuk membeli rumah itu agar warga emas di situ yang sudahpun dianggap sebagai orang tua Encik Azlan tidak perlu berpindah ke tempat baru. Namun begitu, pemilik rumah berkenaan hanya memberi masa sehingga penghujung tahun ini untuk Encik Azlan membuat dan melangsaikan pembelian rumah tersebut.

 

Akibat covid19 yang melanda Negara kita ianya sedikit sebanyak telah menjejaskan mata pencarian dan ekonomi Encik Azlan. Oleh hal yang demikian, pihak Ensany mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai diluar sana, untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada pihak Pusat Kebajikan Warga Emas Al-Fattah agar rumah yang di diami oleh warga emas ini dapat dibeli agar mereka tidak perlu berpindah ke tempat yang lain. Menurut Encik Azlan, sekiranya rumah ini dapat dibeli, beliau akan dapat membantu lebih ramai warga emas yang kurang bernasib baik di luar sana untuk mendiami rumah ini.



*****



 

The Al-Fattah Elderly Welfare Center located in Semenyih Selangor has been established in 2019 by a young man with a kind heart, Mr. Azlan, 29 years old. At the moment, this Welfare Center houses a total of 15 elderly people. This welfare center was established on Mr. Azlan's own initiative and all the daily and monthly expenses of this center are also fully borne by Mr. Azlan who only works as a tourist bus driver and part-time courier. The management of this center is also assisted by Mr. Azlan's wife as well as three employees.

 

Encik Azlan was inspired to open this welfare center when he met an elderly person who became homeless in an area when where Mr. Azlan was working. The elderly asked Mr. Azlan for some food. Sad to see the situation, Mr. Azlan gave some food and cash. The incident made Mr. Azlan inspired to open a care center for the elderly.

 

At the end of last 2021, the owner of this house wanted to sell the house that became a shelter for the elderly there. Therefore, Mr. Azlan intends to buy the house so that the elderly there who are already considered Mr. Azlan's parents do not have to move to a new place. However, the owner of the house only gave time until the end of this year for Mr. Azlan to buy the house.

 

Due to covid19 that has hit our country, has affected Mr. Azlan's livelihood and economy. Therefore, Ensany took this opportunity to call and invite all people out there, to contribute and donate through this campaign, so the house lived by the elderly can be bought and they do not have to move to another place. According to Mr. Azlan, if this house can be bought, he will be able to help more elderly people who are less fortunate out there to live in this house.


Ready to get started? Join thousands of others today.