Ensany Care: Tabung Pendidikan Asnaf

  • Home
  • Ensany Care: Tabung Pendidikan Asnaf
Ensany Care: Tabung Pendidikan Asnaf

Ensany Care: Tabung Pendidikan Asnaf

7467.08 RM Collected Of 10000.00 Goal

(Scroll down for English)

 

Pendidikan sememangnya penting kepada setiap individu. Pendidikan juga memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu kearah sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri dan kestabilan hubungan sosial. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kearah pembangunan diri dan kehidupan yang lebih baik.

 

Namun begitu, tidak semua individu bernasib baik untuk menikmati peluang pendidikan dalam kehidupan mereka terutamanya individu yang berdepan dengan masalah kewangan. Lantaran itu, pihak ensany terpanggil untuk melancarkan tabung pendidikan buat mereka yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan. Tabung ini dilancarkan agar golongan yang menjadi sasarannya berhak menikmati peluang pendidikan seperti individu yang lain. Tambahan pula, dalam zaman yang serba moden dan canggih ini pendidikan telah menjadi satu keutamaan dan kewajipan dalam masyarakat.

 



Dana yang terkumpul melalui kempen ini akan disalurkan buat anak-anak asnaf, anak-anak yatim dan miskin di Malaysia bermula dari seawal peringkat persekolahan sehingga peringkat pengajian tinggi. Pihak Ensany yakin dan percaya bahawa pendidikan dapat mengubah masa hadapan seseorang menjadi lebih baik.

 

Oleh hal yang demikian, Pihak Ensnay ingin mengajak seluruh masyarakat yang dermawan di luar sana untuk sama sama menghulurkan sumbangan dan bantuan melalui kempen ini agar kempen ini dapat memberikan peluang buat anak-anak generasi kita yang kurang berkemampuan di luar sana menikmati manfaat pendidikan dalam kehidupan mereka.

 

Pilih pilihan Sedekah anda:



Pakej sedekah:

 

RM400

-         Untuk 2 Pelajar

RM1,000

-         Untuk 5 Pelajar


Sumbangan anda hari ini mungkin dapat mengubah masa hadapan mereka lebih cerah dan bermakna.

 

“Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (Riwayat Ibn Majah)


*****



*****


English

 

Education is indeed important to every individual. It plays an important role in achieving a quality life and helps individuals build self-confidence to face their world, enjoy the facilities available as well as understand themselves. Education also acts as a catalyst for well-being by way of leading individuals towards sound economic resources, self-control abilities, and the stability of social relations. A good standard of education gives an individual a path to self-development and a better life.

 

However, not all individuals are fortunate enough to enjoy educational opportunities in their lives, especially individuals who are facing financial problems. Therefore, Ensany Humanitarian feels a sense of responsibility towards those who are less fortunate, hence launching an educational campaign to help them out. 



 

In fact, this will provide underprivileged students with the right to enjoy educational opportunities like everyone else.

 

The funds collected through this campaign will be channeled to asnaf and orphans in Malaysia starting from the early school level to the higher-level education. Ensany is confident and believes that education can change an individual's future for the better.

 

Therefore, we would like to invite all the philanthropic communities out there to equally donate and help through this campaign so that we can provide opportunities for the underprivileged generation to enjoy the benefits of education in their lives.

 

Select your choice to sedeqah:




Package sedekah:

 

RM400

-         For 2 Students

RM1,000

-         For 5 Students


Your contribution today may be able to change their future to become brighter and more meaningful.

 

The Prophet Muhammad s.a.w said: “Indeed, among the good deeds that bring reward after the person who did it died is the knowledge he disseminated, the pious children he left behind, the mushaf (religious books) he inherited, the mosque he built, the house he built for the accommodation of the person who on its way, the river it flows for the benefit of the people and the property it donates.” (Reported by Ibn Majah)


*****


Ready to get started? Join thousands of others today.