Ensany Care: Help Juhairah, Single Mothers With Small Businesses

  • Home
  • Ensany Care: Help Juhairah, Single Mothers With Small Businesses
Ensany Care: Help Juhairah, Single Mothers With Small Businesses

Ensany Care: Help Juhairah, Single Mothers With Small Businesses

700.01 RM Collected Of 4500.00 Goal

Puan Juhairah, 36 seorang Ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil yang berusia 7, 5 dan 4 tahun. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah yang menimpa Puan Juhairah. Keluarga kecil ini telah kehilangan tempat untuk mereka bergantung harap, apabila Puan Juhairah berpisah dengan bekas suaminya kira-kira tiga tahun yang lalu. Bekas suaminya pula menghilangkan diri selepas penceraian. Tiga orang anak-anak Puan Juhairah di bawah jagaan beliau.


Kini, Puan Juhairah dan anak-anaknya menumpang di rumah ibu bapanya yang tidak besar. Selain Puan Juhairah dan anak-anaknya, keluarga kecil adiknya juga turut tinggal bersama ibu bapanya. Ibu bapa Puan Juhairah tidak lagi bekerja kerana faktor usia mereka yang sudah tua. Puan Juhairah hanya bekerja di kedai makan sebagai pembantu kedai bagi menyara anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Namun begitu, upah yang diperolehi oleh beliau tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan mereka.


Oleh hal yang demikian, beliau mengambil upah untuk membuat kuih tradisional dari jiran tetangga. Puan Juhairah ingin mengembangkan lagi perniagaan kecil ini dengan membuka gerai jualan berhampiran rumahnya. Oleh itu, beliau memerlukan modal untuk memulakan perniagaan kecil ini dengan membuka gerai jualan berhampiran rumahnya. Beliau memerlukan modal untuk memulakan perniagaan beliau. Beliau berharap, dengan mengembangkan perniagaan kecil ini, ianya dapat menambah mata pencariannya dalam menyara anak-anaknya.


Bagi merealisasikan impian dan usaha Puan Juhairah ini, kami mengalu alukan seluruh rakyat Malaysia yang berkemampuan khususnya, untuk sama sama membantu menyumbang dan menderma kepada beliau.


Semoga dengan hasil sumbangan dan derma dari orang ramai dapat mengubah masa hadapan Juhairah dalam menyara dan membesarkan anak-anaknya.

English :

Puan Juhairah, 36, is a single mother with three young children aged between 7, 5, and 4 years. This small family had lost a place for them to depend on when Puan Juhairah divorced with her ex-husband about three years ago. Her ex-husband disappeared after the divorce. Puan Juhairah’s three children are now under her care.


Currently, Puan Juhairah and her children are staying at her parents' house which is not big. Apart from Puan Juhairah and her children, Puan Juhairah's younger sister's family also lives with her parents. Puan Juhairah's parents are no longer working due to their old age.


Puan Juhairah only works in a restaurant as a waiter to support her children who are still young and in school. However, the wages her earned were not enough to cover their expenses. As such, she took a wage to make traditional cakes from her neighbors.


Puan Juhairah wants to further expand this small business by opening a stall near her house. Therefore, she needs capital to start his business. She hopes that expanding the small business will able to increase her livelihood in supporting her children.


To realize Puan Juhairah's dreams and efforts, we welcome all communities in Malaysia to help contribute and donate to her.


Hopefully, with contributions and donations from the public, Puan Juhairah can change her future in raising her children. 

Ready to get started? Join thousands of others today.