NUR RAMADHAN: ORPHANS' KITCHEN

  • Home
  • NUR RAMADHAN: ORPHANS' KITCHEN
NUR RAMADHAN: ORPHANS' KITCHEN

NUR RAMADHAN: ORPHANS' KITCHEN

11250.83 RM Collected Of 11000.00 Goal


[Scroll Ke Bawah Untuk Bahasa Melayu]

NUR RAMADHAN: ORPHAN’S KITCHEN (IFTAR & SUHR)

During this upcoming Ramadhan, Pertubuhan Ensany Malaysia will organize a program called Orphans’ Kitchen. The goal of this program is to help orphanages located around Kuala Lumpur and Selangor and provide food for them for Iftar and Sahur. We aim to provide 1,000 food packs for these orphaned children. The amount needed for sponsoring these food packs for the orphanages is RM119,000.

All Muslims are encouraged to be merciful towards one another and to perform the acts of Infāq and zakat towards the people in need, especially towards orphans. COVID-19 has been hard for us, it must be harder for these children. From Riwayat Al-Bukhari has mentioned that Rasulullah (ṣallā llāhu ʿalayhī wa-sallama) said that “the one who cares for an orphan and myself will be together in paradise like this (he held his 2 fingers together)”. This hadith showed the importance of being loving and helpful towards the orphans.

Meanwhile, from Riwayat Al- Tarmizi, Rasulullah (ṣallā llāhu ʿalayhī wa-sallama) said “the most prior Infāq is one in the month of Ramadhan”. There are so many benefits in doing Infāq in the month of Ramadhan especially to the orphans, such as having barakah in our rizqi and blessings of happiness and comfort in our families. May your contribution for this program be rewarded to you and your families in this life and the hereafter.

KEMPEN NUR RAMADHAN: ORPHANS’ KITCHEN

BAHASA MELAYU

Ramadhan ini, Ensany Humanitarian mengadakan Kempen Nur Ramadhan: Orphans’ Kitchen bagi membantu rumah anak- anak yatim yang kurang berkemampuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi MENAJA lebih 1000 pek makanan kepada anak-anak yatim untuk bersahur dan berbuka puasa. Usaha yang dilakukan Ensany ini memerlukan dana sebanyak RM 119 000.00 bagi menampung keperluan anak- anak yatim tersebut.

Komited dalam melahirkan masyarakat yang peka akan nasib golongan ini, pihak Ensany mengambil peluang menyediakan platform untuk orang ramai menderma dalam program Nur Ramadhan: Orphan’s Kitchen. Ayuh kita bersama-sama membantu anak- anak yang tabah ini mendapatkan semangat berpuasa sepanjang Ramadhan kali ini. Oleh itu, pihak Ensany Humanitarian menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk menginfaqkan sebahagian dari rezeki anda kepada anak- anak yatim yang memerlukan.

Tahukah anda? Dalam kitab Lataif Al Maarif, guru-guru daripada Abu Bakr bin Maryam rahimahumullah pernah mengatakan, "Jika tiba bulan Ramadan, bersemangatlah untuk bersedekah. Kerana bersedekah di bulan tersebut lebih berlipat ganda pahalanya seperti seseorang yang bersedekah di jalan Allah (fi sabilillah)." Selain itu, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)

Oleh itu, Umat Islam wajib memperbaiki keadaan mereka dengan memberikan apa sahaja bentuk sokongan dan bantuan samada dari segi pendidikan, bimbingan moral dan menguruskan harta kekayaan mereka. Jangan dipersia-siakan nasib mereka sehingga moral menjadi rosak dan hak mereka dalam masyarakat diabaikan.

Pelbagai hikmah dan kebaikan dapat diperoleh masyarakat sejagat apabila anak yatim itu dijaga dengan baik antaranya Allah SWT akan memberi rahmat, kasih sayang-Nya kepada masyarakat serta kita semua dapat merasakan ketenangan serta kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan.

Jom kita menderma dan sama-sama membela nasib anak yatim yang tabah hidup berdikari ini, jika bukan kita, siapa lagi. Sayangilah mereka dan bantulah mereka, bantuan anda sudah pasti dapat menjadi pembakar semangat mereka dan harapan untuk mereka terus kuat dalam menjalani Ramadhan kali ini. Semoga sedekah kita pada bulan ini mendapat pahala yang berpanjangan.

***


Ready to get started? Join thousands of others today.