Rahmah is in a big need of your help

Raised: 1180 $

Goal: 2400 $


[ Scroll down to read in English]

Siapa Sebenarnya RAHMAH?

Ramai yang fikir RAHMAH itu nama sebenaku. Hakikatnya, ia bukan namaku. Kami mencipta nama ini untuk menyebarkan cinta dan buktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan masih wujud. Kami telah bermusafir ke serata tempat dengan nama RAHMAH dan ianya merupakan perjalanan yang luar biasa. Perjalanan ini memberi pengajaran yang sangat berharga, supaya kita bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan; kesihatan, kekayaan, keluarga dan kemewahan.

Transit Yang Menyentuh Hati

Transit pertama adalah momen paling menyayat hati bagi kami semua. Kami telah diketemukan dengan sepasang suami isteri yang mempunyai 8 orang anak dan 3 daripadanya merupakan kanak-kanak autistik. Keluarga tersebut diuji dengan ujian yang sangat berat apabila suaminya tiba-tiba disahkan menghidap kanser esofagus peringkat 4 yang menganghalangya untuk bekerja seperti sediakala. Keluarga tersebut terputus punca pendapatan secara serta-merta. Seluruh keluarganya hanya makan tepung selama 2 minggu kerana tiada wang untuk membeli makanan. Anak-anak pula terpaksa diarahkan tidur selepas pulang dari sekolah supaya mereka tidak merasa lapar kerana tidak ada makanan untuk dihidangkan kepada anak-anaknya.

Dugaan: Ujian Yang Tiada Berpenghujung

Penderitaan mereka tidak terhenti sampai di situ, salah seorang dari anak mereka perlu menjalani pembedahan kerana terdapat ketumbuhan pada kakinya. Pembedahan itu akan diadakan di Hospital UIA yang terletak di Pahang yang terletak jauh dari rumah mereka. Oleh itu, banyak perbelanjaan yang perlu dipertimbangkan; minyak kereta, makanan, penginapan, serta kos pembedahan dan ubat. Malangnya, mereka tidak mampu membayar kedua-dua kos pembedahan, tidak untuk si ayah dan tidak juga untuk si anak!

Rahmah Hadir Untuk Mengurangkan BEBAN

Setelah mengetahui kesusahan mereka sekeluarga, kami telah menghantar RAHMAH untuk menyampaikan sumbangan yang telah dikumpul dari orang ramai melalui laman web Ensany. Reaksi wanita tersebut apabila menerima wang sumbangan di saat mereka betul-betul memerlukan sangat tidak ternilai. Dia terkejut dan tidak mampu mengungkapkan kata-kata ketika menerima sumbangan yang tidak dijangka dari pengembara yang tidak dikenali. Dia menangis kerana merasa sangat terharu dan bersyukur. Dia tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Rahmah kerana membantunya ketika dia sedang hebat diuji. *Klik untuk menonton Episod 1 Rahmah

RAHMAH PERLU SIDEBARKAN KE SELURUH DUNIA!

Transit pertama adalah merupakan satu daripada sepuluh keluarga yang kami bantu melalui perjalanan pertama kami. 

Perjalanan ini mengajar kami bahawa, di dunia ini, ada seseorang yang sedang menderita untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak ada yang mendengar tangisan mereka dan tidak ada yang peduli kerana kita terlalu sibuk dengan kehidupan sendiri. Oleh itu, kami percaya bahawa perjalanan ini tidak boleh disimpan sendiri, jadi kami telah merakam perjalanan yang penuh ibrah ini untuk kami kongsikan kepada dunia. Kami mahu perjalanan ini sampai kepada lebih banyak orang yang agar dapat membuka mata masyarakat agar lebih prihatin dan membantu antara satu sama lain.

Untuk memastikan perjalanan ini tidak terhenti di sini, kami memerlukan RM100,000 untuk membantu lebih ramai orang!

Dengan sumbangan anda kami dapat: 

  • ​Menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
  • Kos perjalanan untuk membantu golongan yang kesusahan dan menyediak video untuk mendidik masyarakat untuk bersikap prihatin antara satu sama lain.

Sokongan anda dalam PROJEK RAHMAH dapat menjadikan dunia yang lebih baik; sebuah dunia yang penuh kasih sayang dan belas kasihan.

TAHAP PEMBERIAN:

Pemberian Umum: RM10

Dengan jumlah ini, anda akan membantu Rahmah mencapai 50 orang yang pemurah seperti anda.

Pemberian Gangsa: RM25

Jumlah ini, akan membantu Rahmah mencapai 100 orang yang pemurah seperti anda.

Pemberian Perak: RM50

Anda akan menyentuh 750 jiwa untuk sentiasa menderma seperti anda.

Pemberian Emas: RM100 

Dapat membantu mesej Rahmah sampai kepada 1500 jiwa yang mempunyai sifat perikemanusiaan.

Pemberian Berlian: RM200

Sikap pemurah anda dapat menampung 5% jumlah yang diperlukan untuk sebuah keluarga miskin.

Pemberian Berharga: RM500

Bantuan yang berharga dan penuh belas kasihan dari anda akan merangkumi 15% daripada jumlah yang diperlukan oleh keluarga miskin.  

KAMI INGIN SEMUA TAHU

RAHMAH bukan dia SEORANG,

KITA SEMUA ADALAH RAHMAH!


* * * ENGLISH * * *

Who is RAHMAH?

People think RAHMAH is my name. In fact, it isn’t mine. We created this name to spread love and prove to the world that humanity still exists. We have travelled around under the name of RAHMAH and it was an incredible journey. This journey taught us a very valuable lesson, to be grateful for what we are blessed with; health, wealth, family and luxury.

Heart-breaking Transit

The first transit was the most heartbreaking moment for all of us. We went to see a family of 8 children and 3 of them are autistic kids. The family was struggling as the husband suddenly diagnosed with stage 4 of oesophagus cancer which restricted him from doing his daily activities and he couldn’t work as he used to be. The family was left in despair with no sources of income. For 2 weeks, the whole family only can afford to eat flour. Kids are forced to sleep hungry after coming back from school as there is no food to be served.

Hardship: One After Another

Additional to their suffering, one of the kids need to undergo an operation as the tumour is rapidly growing on his feet. The operation will be held at UIA Hospital located in Pahang which is miles away from their house. Hence there are a lot of expenses that need to be put into consideration; fuel, foods, accommodation, operation fee and medicine. Unfortunately, they couldn’t afford both of the operation fees!

Rahmah Came To Reduce BURDENS

Aware of their hard situation, we sent RAHMAH to deliver the donation collected from generous people around the world. The reaction of the mother when she received the money was so priceless. She was shocked and speechless to receive the unexpected donation from an unknown traveller. She cried hard as she felt so blessed and grateful. She kept thanking Rahmah for helping her out in her hardest situation.  

 

RAHMAH SHOULD BE SPREAD ALL OVER THE WORLD!

The first transit was just one out of ten families that we help through our first journey. 

This travel taught us, in this world, there is someone somewhere crying for help but no one heard and no one care because we are too busy focusing on our life. Hence, we believe that this journey shouldn’t be kept within ourselves, therefore we have recorded our meaningful journey so we can share this to the world. We want this video to reach more kind-hearted people like you and educate people to be generous towards each other.

To make sure that this journey will never end, we need RM100,000 for the next step!

With your support we can cover: 

  • ​Amount needed for the beneficiary to solve their problems.
  • Travel and production cost to produce education videos on charity and helping each other.

Your support in RAHMAH PROJECT will help to build a better world; a world that is full of love and compassion.

GIVING LEVELS:

General tiers: RM10

With this amount you will help Rahmah reach 50 kind people just like you.

Bronze tiers: RM25

This number of money will help cover 100 kind-hearted people like you are.

Silver tiers: RM50

You will cover the expenses to have 750 beautiful souls reached just similar to your soul.

Gold tiers: RM100 

Will make Rahmah reach 1500 beautiful souls like you to succeed this project.

Diamond tiers: RM200

Your generosity will cover 5% amount needed by the needy people.

Precious tiers: RM500

Your valuable and merciful help will cover 15% of the amount needed by the impoverished people.  

WE WANT EVERYONE TO KNOW

RAHMAH is not only HER,

WE ARE ALL RAHMAH!

 

Campaign Updates

No Updates found for this campaign

General Donations

Support Ensany

General Donation

Clearance of charge

Clearance of charge

Rahmah is in a big need of your help

Rahmah is in a big need of your help

Testimonials

see what people say about Ensany platform