7 Donors
Supporting Mukhlis: A Father's Journey to Provide for His Children
***Scroll Down for English Version***
Saudara baru kita, Mukhlis, yang tinggal di Air Tawar, Perak, kehilangan isterinya dua tahun lalu. Beliau mempunyai dua orang anak berumur 13 dan 15 tahun, yang kedua-duanya masih bersekolah dan memerlukan bantuan untuk meneruskan pembelajaran mereka. Mukhlis Yeap bin Abdullah sering menghulurkan tangan meminta bantuan di pintu masjid sekitar Gombak setiap Jumaat. Wakil Ensany telah menanyakan beberapa persoalan kepadanya dan mendapati bahawa dia menetap di Taman Bunga Matahari, Ayer Tawar, Perak. Mukhlis kini berusia 62 tahun. Ketika ditanya mengapa dia selalu meminta-minta, dia pun membuka cerita.
Semasa isterinya masih hidup, isterinya bekerja sebagai pembantu kedai, dan Mukhlis juga bekerja. Meskipun hidup mereka susah, namun dengan adanya isteri dan anak-anak di samping, masih terasa kebahagiaan. Namun, setelah isterinya meninggal dunia, tekanan hidup semakin terasa. Akhirnya, Mukhlis membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai penjaga gudang dengan gaji RM80 sehari, hanya jika dia bekerja. Oleh sebab itu, Mukhlis terpaksa berpisah dengan dua orang anaknya yang masih memerlukan bimbingan dan kasih sayang, kerana kos hidup di Kuala Lumpur yang sangat tinggi tidak memungkinkan beliau membawa anak-anaknya bersama. Mukhlis hanya dapat pulang ke Air Tawar, Perak, pada hujung minggu untuk bertemu anak-anaknya.
Sewa rumah di Perak sangat daif, dengan dinding hampir runtuh, dan kadar sewa RM300 sebulan. Beliau ingin berpindah ke rumah yang lebih selesa untuk anak-anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang memerlukan rumah dengan tiga bilik. Sekurang-kurangnya, sewa rumah yang diperlukan adalah sekitar RM600-RM700 sebulan.
Mukhlis mahu tinggal bersama anak-anaknya di Air Tawar jika ada bantuan dari orang ramai untuk modal perniagaan. Dia pandai memasak pelbagai jenis makanan seperti ayam goreng, kukus, nasi ayam, nasi lemak, mee sup, dan lain-lain. Walaupun menerima bantuan zakat RM500 sebulan, saudara baru ini masih memerlukan bantuan untuk bil air dan elektrik yang berjumlah RM120-RM130 sebulan, serta keperluan dapur yang berjumlah RM900 sebulan termasuk perbelanjaan sekolah anak-anak.
Belanja untuk dua orang anaknya adalah sekitar RM200-RM250 sebulan, belum termasuk yuran sekolah dan perbelanjaan lain. Anggaran kos untuk sewa gerai adalah RM600 sebulan untuk tiga bulan, bersamaan dengan RM1800. Kos untuk membeli peralatan adalah RM1200, dan modal pusingan adalah RM3000. Jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM5800, termasuk kos pengurusan.
Maka, kempen ini dianggarkan memerlukan target RM8000. Diharapkan kepada semua pembaca yang telah dianugerahkan rezeki oleh Allah agar dapat berkongsi dengan saudara baru kita ini. Semoga Allah mengangkat bebanan berat yang ditanggungnya sehingga beliau bukan sahaja berhenti meminta-minta tetapi juga mampu menolong orang lain kelak, insyaAllah.
InsyaAllah bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sedikit bantuan boleh menekan link, banking online atau QR kod.
***English***
Our new brother Mukhlis, who lives in Air Tawar, Perak, lost his wife two years ago. He has two children, aged 13 and 15, who are both still in school and need support to continue their education. Mukhlis Yeap bin Abdullah frequently asks for help at the mosque doors around Gombak every Friday. A representative from Ensany asked him some questions and found out that he resides in Taman Bunga Matahari, Ayer Tawar, Perak. Mukhlis is now 62 years old. When asked why he often begs for help, he shared his story.
When his wife was alive, she worked as a shop assistant, and Mukhlis also had a job. Although their life was difficult, the presence of his wife and children at home brought happiness. However, after his wife passed away, the pressure of life increased. Eventually, Mukhlis moved to Kuala Lumpur to find work and managed to get a job as a warehouse guard with a salary of RM80 per day, only if he was work. Therefore, Mukhlis had to be separated from his two children who still need guidance and love, because the high cost of living in Kuala Lumpur made it impossible for him to bring his children with him. Mukhlis can only return to Air Tawar, Perak, on weekends to see his children.
The rent for their house in Perak is very poor, with walls nearly collapsing, and the rent is RM300 per month. He wants to move to a more comfortable house for his children, a boy and a girl, which requires a house with three bedrooms. At a minimum, the rent needed is around RM600-RM700 per month.
Mukhlis wants to live with his children in Air Tawar if there is help from the community to start a business. He is skilled in cooking various dishes such as fried chicken, steamed dishes, nasi ayam, nasi lemak, mee soup, and others. Although he receives zakat assistance of RM500 per month, Mukhlis still needs help with water and electricity bills amounting to RM120-RM130 per month, and kitchen necessities costing RM900 per month, including school supplies for his children.
Expenses for his two children are around RM200-RM250 per month, not including school fees and other expenses. The estimated cost for renting a stall is RM600 per month for three months, totaling RM1800. The cost for purchasing equipment is RM1200, and the working capital is RM3000. The total amount needed is RM5800, including management costs.
Therefore, this campaign aims to raise RM8000. We hope that all readers who have been blessed with sustenance by Allah can share with our new brother. May Allah alleviate his heavy burden so that he can not only stop asking for help but also help others in the future, inshaAllah.
InsyaAllah for those who are willing donate can click to the link provided, through online banking or QR code.
Comments
-
7 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.