19 Donors
TABUNG KECEMASAN ENSANY
TABUNG KECEMASAN ENSANY
Kerana Musibah Tidak Pernah Memberi Amaran
Bayangkan dalam sekelip mata, rumah hangus dijilat api.
Ahli keluarga terlibat dalam kemalangan yang mengubah seluruh kehidupan.
Diri sendiri disahkan menghidap penyakit kronik, namun tiada wang untuk rawatan.
Atau lebih menyedihkan, kehilangan insan tersayang tanpa sebarang persediaan kewangan.
Inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh ramai saudara kita.
Tanpa simpanan. Tanpa sokongan.
Dan mereka tidak mempunyai masa untuk menunggu.
Mereka perlukan bantuan sekarang.
Tujuan Tabung Ini
Tabung Kecemasan Ensany diwujudkan bagi memberi bantuan segera dan menyeluruh kepada mereka yang ditimpa musibah secara mengejut khususnya mereka yang tiada simpanan, tiada insurans, dan tiada tempat bergantung.
Sasaran Kutipan: RM20,000
Dana ini akan disalurkan bagi membantu kes-kes seperti berikut:
1.Pengurusan jenazah dan kematian mengejut
2. Bantuan kepada mangsa kebakaran
3. Kos rawatan penyakit kronik atau kecemasan perubatan
4. Sokongan kepada mangsa kemalangan
5. Bantuan kecemasan kepada keluarga fakir dalam keadaan genting
6. Bantuan sewaktu dan selepas banjir
7. Bantuan kepada mangsa bencana alam seperti ribut dan tanah runtuh
Cara Anda Boleh Membantu
Menyumbang walaupun sekecil RM10
Kongsikan kempen ini kepada rakan dan keluarga
Jadilah penyumbang tetap bulanan walaupun RM30 atau RM50 sebulan, ia sangat bermakna
"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sumbangan anda mampu memberikan kelegaan dan harapan kepada mereka yang sedang berada dalam saat paling sukar dalam hidup mereka.
Maklumat Sumbangan
Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No Akaun: 8010426627
Kenapa Pilih ENSANY?
Di ENSANY, kami amat menitikberatkan ketelusan dan integriti.
Setiap kempen yang dijalankan memaparkan jumlah kutipan secara langsung, dan boleh diakses oleh penderma dan penerima bantuan. Apabila sasaran tercapai atau tempoh kempen tamat, kempen akan ditutup memastikan pengurusan yang jelas dan bertanggungjawab
Comments
-
19 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.