3 Donors
Let’s Raise the Walls of Worship
Permohonan Dana Pembinaan Masjid Taqwa, Huta Godang, Mandailing Julu
Masjid lama di Kampung Huta Godang, Mandailing Julu, kini tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat akibat pertambahan penduduk. Atas semangat kebersamaan, masyarakat kampung telah sepakat untuk membina sebuah masjid baharu yang lebih selesa dan luas.
Alhamdulillah, usaha ini telah bermula dan setakat ini sebanyak 30% hingga 40% dana telah berjaya dikumpulkan. Sehubungan itu, panitia pembinaan masjid telah mengutus surat rasmi kepada pihak kami, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia, bertarikh 25 Jun 2025, bagi memohon bantuan membuka kempen kutipan dana.
Setelah meneliti dokumen yang disertakan, termasuk pelan pembangunan masjid serta struktur pengurusan oleh panitia (bukan individu), pihak kami berpuas hati dengan tahap ketelusan dan pengurusan projek ini. Maka kami bersetuju untuk membuka kempen dana secara rasmi dan menyebarkannya kepada orang ramai.
Latar Belakang Kampung dan Masjid
Penduduk Kampung Huta Godang umumnya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Majoriti bekerja sebagai petani padi dan penoreh getah, dengan pendapatan cukup-cukup untuk menampung keperluan harian, membiayai persekolahan anak-anak, atau mendapatkan rawatan perubatan. Jika mereka mampu memenuhi perkara tersebut, itu sudah dianggap sebagai “berada” dalam konteks kampung.
Masjid Taqwa yang sedang dibina ini terletak di tepi jalan utama dan mampu memuatkan seramai 200–250 jemaah. Ia bukan sahaja akan digunakan oleh penduduk kampung, tetapi juga oleh para musafir yang singgah untuk menunaikan solat lima waktu.
Butiran Pembiayaan
- Jumlah kos keseluruhan: Rp1,473,702,000.00 (± RM383,162.52)
- Jumlah terkumpul setakat ini: Rp872,582,950.14 (± RM227,162.52)
- Jumlah baki yang diperlukan: Rp600,000,000.00 (± RM156,000.00)
- Sasaran kutipan kempen: RM175,500.00 (termasuk kos pengurusan)
Di dalam Al-Qur’an, Allah SWT menceritakan tentang permintaan orang yang telah meninggal dunia untuk kembali ke dunia walaupun seketika, semata-mata untuk bersedekah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau tangguhkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, agar aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh."
(Surah Al-Munafiqun, ayat 10)
Para ulama tafsir membincangkan mengapa orang yang telah mati memilih untuk bersedekah dan bukannya solat, puasa, haji atau umrah? Jawapannya ialah kerana mereka telah menyaksikan sendiri betapa besar pahala sedekah – pahalanya berterusan, menghapuskan dosa, meringankan azab kubur, dan mengangkat darjat di alam barzakh.
Justeru, kami menyeru para pembaca untuk menyahut peluang ini dengan menghulurkan sumbangan sebagai sedekah jariah sama ada untuk diri sendiri atau dihadiahkan pahala buat ibu, ayah, datuk dan nenek yang telah kembali ke rahmatullah. Mungkin semasa hayat mereka, mereka tidak sempat berwakaf kerana lebih mementingkan kebajikan anak-anak dan cucu-cucu.
Keistimewaan kempen melalui platform Ensany ialah setiap penderma dapat melihat sendiri perkembangan jumlah kutipan secara telus dan masa nyata. Begitu juga pihak panitia masjid akan sentiasa dimaklumkan tentang jumlah terkini kutipan yang berjaya dikumpulkan.
Kempen ini akan ditutup apabila salah satu daripada dua perkara berlaku:
- Sasaran kutipan berjaya dicapai, atau
- Tempoh kempen tamat.
Mari bersama-sama rebut peluang akhirat ini, semoga ia menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke syurga.
Sumbangan boleh dibuat melalui:
Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No Akaun: 8010426627
Rujukan: Masjid Taqwa
Comments
-
3 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.