5 Donors
Braille Quran Project
Saudara kita OKU Penglihatan Memerlukan Al-Quran Braille dan Mahu Menghafaznya
Bismillahirrahmanirrahim,
Saudara-saudara kita yang merupakan golongan OKU cacat penglihatan sangat memerlukan Al-Quran Braille di seluruh Malaysia. Jumlah mereka kini dianggarkan melebihi 20,000 orang.
Salah satu NGO yang aktif memperjuangkan nasib mereka, khususnya dalam bidang pembelajaran Al-Quran, ialah PERTIS (Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia).
Tiga tahun lalu, PERTIS pernah bekerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia (PKEM) bagi melancarkan kempen mencetak Al-Quran Braille. Alhamdulillah, kempen tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai sehingga berjaya mengumpul hampir RM900,000, yang digunakan untuk membeli mesin khas serta mencetak dan membekalkan naskhah Al-Quran Braille kepada mereka yang memerlukan.
Ketahanan Al-Quran Braille
Ketahanan Al-Quran Braille
Huruf-huruf dalam Al-Quran Braille terbentuk hasil tekanan jarum khas pada kertas setebal 160GSM, dan cara membacanya adalah dengan meraba menggunakan jari.
Dalam keadaan biasa, ketahanan satu naskhah Al-Quran Braille hanyalah sekitar tiga hingga lima tahun sahaja.
Namun, disebabkan bacaan dilakukan berulang kali terutamanya bagi mereka yang menghafaz, jangka hayat naskhah akan berkurang menjadi setahun setengah sahaja bersamaan lapan belas bulan.
Para penghafaz ini memerlukan tempoh tiga tahun (36 bulan) untuk menghafaz 30 juzuk, bermakna mereka akan memerlukan dua naskhah Al-Quran Braille sepanjang tempoh tersebut.
Lawatan Ensany ke Pusat Percetakan Al-Quran Braille
Pada Isnin, 4 Ogos, wakil Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia telah meninjau secara dekat operasi percetakan Al-Quran Braille. Kami disambut mesra oleh Ustaz Zamzuri bin Ghani, Pengurus Operasi PERTIS serta
Ustaz Muhamad Firdaus bin Hairi, Ketua Unit Penerbitan Al-Quran yang juga seorang hafiz Al-Quran.
Kami diperlihatkan proses lengkap percetakan dan penjilidan Al-Quran Braille, termasuk:
a. Cara cetakan dan penjilidan dilakukan.
b. Surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JAKIM.
Al-Quran Braille ini bersaiz 11x12 inci, dan terdiri daripada enam jilid (setiap jilid mengandungi lima juzuk). Berat satu set penuh ialah lebih kurang 9kg.
Butiran Kempen
- Nama Kempen: Saudaramu OKU Penglihatan Memerlukan Al-Quran Braille dan Mahu Menghafaznya
- Kos satu naskhah: RM420
- Jumlah yang diperlukan: 400 naskhah
- Kos cetakan: RM168,000
- Kos penghantaran ke seluruh negeri: RM20,000
- Kos pengurusan: RM23,350
- Jumlah keseluruhan sasaran: RM191,035 sahaja
Kami menyeru semua pembaca agar bermurah hati membantu saudara-saudara kita yang kurang upaya ini. Sumbangan boleh diberikan mengikut kemampuan — sama ada menaja satu naskhah penuh atau sebahagian daripadanya.
Seruan dan Galakan Bersedekah
Firman Allah SWT:
“Berilah mereka dari harta Allah yang telah Dia amanahkan kepadamu.”
(Surah An-Nur: 33)
Hulurkan bantuan dalam bentuk zakat, sedekah subuh, sedekah Jumaat, atau sedekah niat khusus seperti:
- memohon kesembuhan daripada penyakit,
- kejayaan anak dalam peperiksaan,
- mendapat jodoh yang baik,
- memperoleh pekerjaan,
- atau sebagai tanda syukur dan pembersihan harta yang syubhah.
Jika anda tidak dapat menyumbang secara kewangan, bantulah dengan menyebarkan kempen ini kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”
(Riwayat Muslim, 1893)
Firman Allah SWT juga:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,
(iaitu) orang yang berinfak di waktu lapang maupun sempit, orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Ali Imran: 133–134)
Cara Menyumbang
Anda boleh menyumbang secara terus melalui pautan/link kempen ini atau menyalurkan ke akaun rasmi Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia (PKEM).
Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No Akaun: 8010426627
Rujukan : Quran Braille
Semoga setiap sumbangan anda menjadi bekalan pahala yang berpanjangan, dan Allah membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Comments
-
5 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.