A Better Place For 130 Orphans In Rumah Amal Limpahan Kasih

  • Home
  • A Better Place For 130 Orphans In Rumah Amal Limpahan Kasih
A Better Place For 130 Orphans In Rumah Amal Limpahan Kasih

A Better Place For 130 Orphans In Rumah Amal Limpahan Kasih

2500 RM Collected Of 33000.00 Goal

[Scroll Down To Read In English]

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.

[Riwayat Muslim, (2983)]

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK) adalah PUSAT KEBAJIKAN Dan PENDIDIKAN yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, Ibu tunggal, warga emas dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat). Selain 140 orang di asrama, anak-anak yatim dan anak-anak asnaf yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi bantuan oleh RALK. Sehingga kini jumlah yang berdaftar adalah seramai lebih 300 orang.

1 Mesin Basuh Manual Untuk Mencuci Pakaian 130 Penghuni Dan Beg Simpanan Pakaian Pengganti Almari

Pihak pengurusan Rumah Amal Limpahan Kasih hanya mampu menyediakan satu mesin basuh manual untuk kegunaan 130 penghuni bagi mencuci pakaian mereka. Kerana jumlah mereka yang ramai, tugas mencuci pakaian memakan masa yang lama setiap hari. Pakaian yang siap dicuci pula terpaksa disimpan di dalam beg simpanan pakaian.

Sekadar Makan Telur Dan Nasi Putih

Untuk menampung perbelanjaan makan dan minum  serta keperluan harian anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, mereka mengadakan jualan kecil-kecilan. Ada waktu mereka menerima bantuan orang ramai dari segi bahan masakan dan makanan yang sudah dimasak. Namun, ketika pulangan jualan tidak seberapa dan tiada derma atau sumbangan dari orang ramai, anak yatim di sini hanya menjamu telur dan nasi putih.

RM30,000 Diperlukan Untuk Membeli Kelengkapan Asrama Dan Menampung Perbelanjaan Makanan

Kami berhasrat untuk menyediakan asrama yang lebih kondusif kepada anak syurga ini. Kelengkapan yang ingin dibeli termasuk almari pakaian, mesin basuh auto, katil dan juga wang perbelanjaan untuk membeli barang keperluan harian. 

Sertai Kami Dalam Menyediakan Kelengkapan Asrama Yang Kondusif Untuk Anak Yatim Di Sini Walau Hanya Dengan Sumbangan kecil

ENGLISH

From Sahl bin Sa’ad (may Allah be pleased with him), he said: “The Messenger of Allah sallallaahu ‘alaihi wa sallam said: “I and the one who looks after an orphan will be like this in Paradise,” showing his middle and index fingers and separating them.” [Sahih al-Bukhari]. 

RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK) is a CENTER FOR WELFARE AND EDUCATION that shelters orphans, poor children, single mothers, senior citizens and those who are eligible to receive zakat (asnaf zakat). In addition to 140 people in the hostel, orphans and asnaf children. Until today the number of registered orphans and asnaf is over 300 people.

1 Manual Washing Machine To Wash Clothes of 130 Orphans And Luggage As A Replacement For Wardrobe

The management of Rumah Amal Limpahan Kasih can provide a manual washing machine for 130 orphans to wash their clothes. Because of their large numbers, the task of washing clothes takes a long time every day. Clothes that has been washed will be keep in the luggage as they do not have any wardrobe.

Just Eat Eggs And White Rice

To cover the expenses of their food as well as the daily needs of orphans at Rumah Amal Limpahan Kasih, they do make a small business. Sometimes, they do receive donation from the public in terms of cooking ingredients and cooked food. However, when sales returns are meager and there are no donations from the public, the orphans only eat eggs and white rice.

RM30,000 Needed To Buy Dormitory Equipment And Cover Food Expenses

Join Us To Provide A Better Place For The Orphans Even With A Small Donation


****

****

****

Ready to get started? Join thousands of others today.