0 المتبرعين
تم الجمع
0
USD
تبرع
0
هدف الحملة
0
USD
Community and Rehabilitation Programs Affected by the Covid Pandemic 19
0% تم الجمع
هدف الحملة :
11,111
USD
berdasarkan banci ketua isi rumah oleh pihak ngo bersama ketua kampung mendengar permasalahan penyelenggaraan, kehilangan sumber pendapatan penduduk kampung, kesihatan, pendidikan dan keciciran ekonomi selepas pandemik covid 19. data penilaian diperolehi secara bancian oleh pihak ngo sukarelawan kepada kampung dan pedalaman yang terjejas.
pertubuhan penduduk kampung gana telah didaftarkan pada 17 april 2017 di bawah akta pertubuhan 1966 dengan no. daftar: ppm-012-12-17042017 beralamat: kg gana, peti surat 41, 89727 membakut. pertubuhan ini telah bergiat aktif dengan memasuki kampung-kampung dan pedalaman yang mana rumah dan keluarga yang terjejas teruk dan miskin tegar. terletak 70 km dari kota kinabalu dan dibawah parlimen kimanis dan membakut dalam daerah beaufort. kebanyakkan penduduk menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan bertamu jual di tapak tamu.
dikawasan ini juga terdapat sekolah rendah, sekolah menengah, pusat tahfiz, kafa dan pra sekolah. bagi projek ini pihak pertubuhan ingin membantu kampung kampung seperti kg. brunei, bambangan, sg. damit, kg baru kimanis, kg. rancangan, kg binsuluk, kg bawan dan kg. tandoi, kg. gana dan kampung bongawan serta kampung-kampung lain yang terjejas teruk akibat pandemik covid 19. ramai yang terkesan akibat arahan perintah kawalan pergerakan di sabah yang telah dilaksanakan hampir 2 tahun oleh pihak kerajaan. akibat kawalan pergerakan ramai yang terpaksa duduk dirumah dan menjejaskan aktiviti mereka bagi mencari punca rezeki. selain itu, akibat bencana alam yang tidak menentu kebanyakkan penduduk telah terjejas banjir. peningkatan covid akibat pilihanraya disabah dan kebanyakkan sabah serta kawasan ini diisytihar sebagai
zon merah dan pkp 2.0 disabah ramai diantara mereka yang memohon kepada kami agar pihak ngo membantu menghulurkan bantuan dari pihak kerajaan. sebagai ngo dan sukarelawan terpanggil untuk membantu mereka yang terlibat dan terjejas.
berikut adalah pecahan permohonan
sumber kewangan yang dipohon oleh pihak ngo
- pembangunan sosial masyarakat meliputi bantuan ihsan rakyat. dimana kami akan menghulurkan bantuan food pack makanan berjumlah rm100 bagi setiap ketua isi rumah. anggaran 1000 ketua isi rumah
- bantuan penyelenggaraan balai raya, sekolah kafa dan tabika serta rumah ibadah yang terjejas teruk akibat banjir berjumlah rm100k
- bantuan kesihatan meliputi kerusi roda warga tua, bp machine (tekanan darah), berjumlah rm50k
- bantuan persekolah bagi pembangunan pendidikan anak-anak bangsa bagi mengurangkan beban ekonomi ibu bapa dan penjaga ini meliputi bantuan peralatan sekolah bagi setiap pelajar rm100 seorang. bantuan tab/laptop bagi kemudahan atas talian kepada pelajar pedalaman.
التعليقات
لا توجد تعليقات حتى الآن
قد يعجبك أيضاً
حملات مشابهة
الأسئلة الشائعة
نعم، تتم معالجة جميع المدفوعات عبر بوابات دفع مشفّرة ومتوافقة مع معايير أمان البطاقات، ولا يتم تخزين بيانات بطاقتك على خوادمنا.
نحرص على إيصال التبرعات المستحقة للحملة كاملة، وأي رسوم لمعالجة الدفع تُغطى بشكل منفصل وتظهر بوضوح عند إتمام التبرع.
نعم، يتم إرسال إيصال التبرع إلى بريدك الإلكتروني فور نجاح عملية الدفع.
نعم، يمكنك اختيار خيار التبرع المتكرر عند إتمام التبرع، وإدارته أو إلغاؤه في أي وقت من حسابك.
إذا كنت تعتقد أن التبرع تم عن طريق الخطأ، تواصل مع فريق الدعم خلال 14 يوماً وسنقوم بمراجعة طلبك.