13 Donors
A Little Sincerity Brings Endless Blessings
"Jika Allah menghendaki sesuatu terjadi pada hamba-Nya, maka tidak ada yang dapat menolaknya."
(HR Ahmad, No. 2664)
Muhammad Taufik Bin Rusdi, seorang pemuda berusia 25 tahun dari Malaysia, dahulunya sangat aktif membantu ibu bapa dalam kerja-kerja rumah. Tidak suka berdiam diri, dia sering bekerja bersama ayahnya dalam bidang renovasi rumah dengan gaji harian dan turut menjadi pemandu Grab pada waktu malam bagi menambah pendapatan keluarga. Namun, segalanya berubah apabila dia tiba-tiba jatuh sakit.
Sudah lebih enam bulan Taufik menghidap penyakit kencing manis yang serius sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggangnya. Penglihatannya juga semakin kabur dan berkemungkinan memerlukan pembedahan. Bermula Disember 2024, dia perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu dengan kos RM280 sekali sesi, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,920 sebulan.
Meskipun hospital kerajaan menawarkan rawatan dengan kos lebih rendah, tempoh menunggu yang panjang menyukarkan keadaan. Jika tidak cukup wang, ibunya terpaksa mengambil cuti dari tempat kerja untuk mencari solusi. Ayahnya hanya memperoleh pendapatan berdasarkan kerja harian, manakala ibunya bekerja sebagai pencuci. Dengan pendapatan yang tidak menentu, keluarga ini juga perlu menanggung bayaran sewa rumah sebanyak RM550, yang akan dinaikkan kepada RM650 bulan depan, selain bil utiliti sekitar RM150 sebulan.
Pihak Ensany telah menziarahi keluarga ini dan mendapati mereka sangat memerlukan bantuan. Sehingga kini, mereka belum menerima sebarang bantuan daripada pihak zakat Selangor dan hanya sesekali mendapat bantuan beras dari masjid. Oleh itu, kempen ini dilancarkan bagi mengumpul dana untuk membantu mereka.
Jumlah Dana yang Diperlukan:
✅ Kos rawatan dialisis selama 4 bulan: RM15,680
✅ Kos pengangkutan ke hospital (teksi): RM600
🔹 Jumlah keseluruhan: RM16,280
Kami merayu kepada anda yang budiman untuk bersama-sama membantu meringankan penderitaan Taufik. Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat berharga dan mampu memberikan harapan baharu kepada keluarganya.
"Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat."
— (HR Muslim, No. 2699)
Comments
-
13 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.