13 Donors
Bantuan Diperlukan untuk Mirza Sha Danial
***Scroll Down for English Version***
Bantuan Diperlukan untuk Mirza Sha Danial
"Jika Allah mentakdirkan sesuatu maka berlakulah ia." (HR Muslim)
Mirza Sha Danial Bin Mohd Sharizansha, seorang pelajar berusia 26 tahun dari Malaysia, sedang menuntut di sebuah pesantren di Aceh, Indonesia. Namun, pada awal November 2024, beliau diserang demam panas luar biasa, menyebabkan beliau dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh. Setelah pemeriksaan lanjut, doktor mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru dan otaknya, mengakibatkan beliau berada dalam keadaan "Bed-Ridden" – tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik, dan pemakanan perlu diberikan melalui saluran getah hidung menggunakan Susu Ensure Gold.
Pada pertengahan Januari 2025, Mirza telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini dijaga sepenuhnya oleh keluarganya di rumah. Beliau memerlukan penjagaan rapi 24 jam, dengan pemakanan empat kali sehari dan kahak dalam paru-parunya perlu dikeluarkan dari semasa ke semasa. Jika adik-beradiknya berkelapangan, mereka akan membantu; jika tidak, ibunya terpaksa melakukannya seorang diri. Doktor menyatakan peluang untuk sembuh adalah 50% kerana terdapat kuman di otaknya yang boleh menyebabkan sawan. Namun, segalanya diserahkan kepada ketentuan Allah.
Keperluan Keluarga & Keadaan Ekonomi
Keluarga Mirza terdiri daripada ibu bapa serta enam orang anak, dua daripadanya telah berkahwin. Ayahnya bekerja sebagai kontraktor dengan pendapatan yang tidak menentu, sementara ibunya turut bekerja dalam bidang yang sama tanpa pendapatan tetap. Pendapatan mereka hanya cukup untuk menampung keperluan harian, termasuk sewa rumah sebanyak RM800 sebulan, bil utiliti, serta perbelanjaan dapur, terutamanya dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat.
Meskipun mereka menerima sedikit bantuan seperti katil pesakit dan tabung oksigen daripada Asnaf Care, serta beras daripada surau terdekat, keluarga ini masih belum menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.
Melihat kesukaran yang dihadapi, Ensany mengambil inisiatif untuk membuka kempen bagi membantu meringankan beban keluarga ini. Bantuan yang diperlukan adalah khusus untuk keperluan pesakit sahaja, seperti ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh hospital kerajaan.
Keperluan Perbelanjaan Bulanan
Berikut adalah perincian kos yang diperlukan setiap bulan untuk penjagaan Mirza:
| No | Keperluan | Harga Seunit (RM) | Kuantiti | Jumlah (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Susu Ensure Gold | 102.00 | 13 tin | 1,350.00 |
| 2 | Ubat Cair Kahak (Samucil G) | 45.00 | 2 botol | 90.00 |
| 3 | Covidien (6UN75R) Hos Leher | 330.00 | 2 unit | 660.00 |
| 4 | Feeding Tiub | 65.00 | 2 unit | 130.00 |
| 5 | Pampers Dewasa Saiz L | 18.00 | 10 pek | 180.00 |
| 6 | Tisu Basah | 8.00 | 8 pek | 64.00 |
| Jumlah Keseluruhan | RM2,474.00 |
Sasaran Kempen
Untuk memastikan keperluan Mirza dapat ditampung bagi tempoh empat bulan, termasuk kos pengurusan, sasaran dana yang diperlukan adalah sebanyak RM11,133.
Pepatah ada menyebut: "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul." Oleh itu, kami menyeru kepada masyarakat yang berkemampuan untuk bersama-sama membantu keluarga ini, agar Mirza mendapat penjagaan terbaik dalam menghadapi ujian ini. Setiap sumbangan yang dihulurkan amat bermakna bagi mereka.
Semoga setiap kebaikan yang diberikan menjadi asbab rahmat dan keberkatan buat kita semua.
Rujukan : Mirza
***ENGLISH***
Assistance Needed for Mirza Sha Danial
"If Allah decrees something, then it will surely happen." (HR Muslim)
Mirza Sha Danial Bin Mohd Sharizansha, a 26-year-old student from Malaysia, was pursuing his studies at a pesantren (Islamic boarding school) in Aceh, Indonesia. However, in early November 2024, he suffered from an extremely high fever, leading to his transfer to Sungai Buloh Hospital. After further examination, doctors discovered infections in both his lungs and brain, resulting in his bedridden condition—his body is unable to function properly, and he requires feeding through a nasal tube using Ensure Gold nutritional formula.
By mid-January 2025, Mirza was discharged from the hospital and is now under full-time care at home. He requires 24-hour intensive care, with meals provided four times a day, and his lungs need regular suctioning to remove mucus. Whenever his siblings are available, they assist in his care; otherwise, his mother has to manage everything on her own. Doctors have stated that his chances of recovery stand at 50%, as the bacteria in his brain could potentially cause seizures. However, everything is left to Allah’s will.
Family’s Needs & Financial Situation
Mirza's family consists of his parents and six siblings, two of whom are married. His father works as a contractor with an unstable income, while his mother is also involved in the same field without a fixed salary. Their earnings are barely enough to cover daily expenses, including RM800 in monthly rent, utility bills, and groceries, especially with the rising cost of living.
Although they have received some assistance, such as a hospital bed and an oxygen tank from Asnaf Care, along with rice donations from the local surau (mosque), the family has yet to receive any financial aid from any organization.
Recognizing their struggles, Ensany has taken the initiative to launch a campaign to ease their burden. The assistance sought is specifically for Mirza’s medical needs, including medications not provided by government hospitals.
Comments
-
13 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.