2 Donors
Hidupkan Kembali Nurul Haramein, Sebuah Masjid Untuk Umat
PEMBINAAN SEMULA MASJID NURUL HARAMEIN – YAYASAN BAROKAH NURUL HARAMAIN
Masjid Nurul Haramein, di bawah Yayasan Barokah Nurul Haramain, telah terbengkalai lebih 10 tahun akibat kekurangan dana. Pada peringkat awal, dana sememangnya ada dan pembinaan telah dikontrakkan kepada sebuah syarikat. Namun, apabila pandemik COVID-19 melanda, syarikat tersebut menghentikan kerja, meninggalkan projek terbengkalai dan dana yang ada habis digunakan.
Masjid ini amat diperlukan untuk:
- Solat berjemaah lima waktu
- Pusat aktiviti yayasan tahfiz dan pengajian
- Kegiatan kemasyarakatan dan Kebajikan
Latar Belakang Kampung
Penduduk kampung majoritinya terdiri daripada golongan miskin. Kehidupan mereka bergantung kepada hasil kampung seperti menanam padi dan menoreh getah. Jika dapat memenuhi keperluan harian, biaya sekolah anak-anak, dan ada sedikit wang untuk berubat, itu sudah dianggap “berada” bagi mereka.
Keperluan Masjid
Masjid ini terletak di tepi jalan raya dan mampu menampung 200–250 orang jemaah. Selain penduduk kampung, ia juga boleh menjadi tempat singgah orang ramai yang melalui jalan tersebut untuk menunaikan solat lima waktu.
- Kos keseluruhan pembinaan: Rp1,473,702,000.00 (±RM383,162.52)
- Dana terkumpul setakat ini: Rp872,582,950.14 (±RM227,162.52)
- Baki diperlukan: Rp600,000,000.00 (±RM156,000.00)
- Sasaran kempen: RM175,500 (termasuk kos pengurusan)
PROPOSAL YAYASAN PUNCAK BAROKAH
Allah SWT berfirman:
“Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang Kami telah kurniakan kepada kamu, sebelum sampai ajal maut kepada seseorang di antara kamu; (pada saat itu) dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau tangguhkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, agar aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh.”
(Surah Al-Munafiqun: 10)
Para ulama menjelaskan mengapa orang yang meninggal dunia meminta peluang untuk bersedekah, bukan untuk solat, puasa atau haji. Ini kerana pahala sedekah terus mengalir, mengampunkan dosa, meringankan azab kubur dan mengangkat darjat di alam barzakh.
Oleh itu, sedekah jariah bagi pembinaan masjid ini adalah peluang besar – bukan sahaja untuk diri sendiri, malah juga untuk ibu bapa, datuk nenek atau ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.
ENSANY Kempen
- Telus & terkawal: Setiap penderma boleh melihat sendiri perkembangan jumlah dana terkumpul.
- Akauntabiliti penuh: Panitia rasmi menguruskan projek ini, bukan individu persendirian.
- Ditutup dengan dua keadaan: setelah sasaran tercapai atau tempoh kempen tamat.
Pengasas Yayasan
Pendiri yayasan ialah Syekh Salman Ahmad Nasution, lulusan Mustafawiyah dan pernah menuntut di Al-Azhar, Mesir (1992–1994). Beliau juga menimba ilmu belasan tahun di Makkah di bawah asuhan para ulama, antaranya Almarhum Syekh Dr. Muhammad Alawi al-Maliki.
Kini beliau aktif mengadakan pengajian dari kampung ke kampung dengan jadual penuh setiap hari. Keistimewaan beliau:
- Tidak menerima pemberian daripada jemaah, sebaliknya beliau sendiri membantu fakir miskin dan anak yatim dengan beras serta wang.
- Sumbangan yang digunakan datang daripada hasil kebunnya sendiri serta bantuan individu perseorangan.
Setelah meneliti semua dokumen rasmi, pelan pembangunan dan sistem pengurusan masjid ini, Ensany berpuas hati bahawa projek ini telus dan sahih. Justeru, kami melancarkan kempen ini untuk memberi peluang kepada orang ramai menyumbang kepada sedekah jariah yang akan mengalir tanpa henti.
Comments
-
2 Donations
-
-
-
Similar Campaigns
Frequently Asked Questions
Yes. All payments are processed through encrypted, PCI-compliant payment gateways, and your card details are never stored on our servers.
We aim to send eligible donations to the campaign in full. Any payment processing fees are covered separately and clearly shown at checkout.
Yes, a donation receipt is emailed to you immediately after a successful payment.
Yes, you can choose a recurring option at checkout and manage or cancel it anytime from your account.
If you believe a donation was made in error, contact our support team within 14 days and we will review your request.